Thursday, August 19, 2010


salam, dah lama ana tidak menulis dalam blog...
yelarh...bz dengan keje dan assigment...

mggu nie adalah miggu sedih bagi ana, ini kerana baru sedari btpa peritnya jika kita ingin memiliki sodiki atau kawan rapat...
walhal dalam kehidupan kita ini persahabatn adalah satu perkara yang penting bagi ana ketika dalam dunia bagi seorang pelajar yang ingin menempuh liku-liku kehidupan.
terkenang zaman persekolahan ana dahulu ketika di bangku sekolah menengah dahulu...
ana seorang jahil dan kurang dalam ilmu agama serta cara belajar..
namun dengan berkat illahi ana telah diberi nur dan berjumpa dengan insan yang memiliki ilmu agama yang mantap serta bijak dalam pelajaran,,
alhamdulillah, saya dapat mempelajari erti seorang sahabat dalam hidup kita ini...

namun, apabila ana masuk di peringkat IPTa, kami telah berpisah dan membawa haluan masing-masing... insya-Allah, walaupun jauh dimata tapi tetap dekat di hati sanubari ini.... adakah ana dapat mencari seorang insan seperti beliau di Ipta nie????/

setelah dua bulan ana berada di maktab nie... ana merasakan ana telah berjumpa insan yang ana rasakan beliau boleh bersama ana dalam mendalami ilmu agama. namun, apabila sesuatu peristiwa yang barlaku darpd kata-kata beliau, telah menyebabkanm hati saya tidak boleh menerima dan memaafkan beliau sewenang-wenangnye...

walaupun dalam islam, memaafkan adalah perkara yang diajar dalam islam. namun, ana tidak tahu MeNgapa..., meNgapa Dan Mengapa????
ana tidak boleh accept dengan kata2 itu,ana berasa buntu dan keliru bagaimana hendak menjadikan hati ana iniu memaafkan beliau....

Ya-Allah engkau berikan petunjuk kepadaku.....

jalan yang saya leksanakan adalah menjauhi dan mungkin mengurangkan perbualan dan segala yang berkaitan dengan beliau...
mungkin dengan cara ini kami bersama-sama dapat menyedari dimana kesilapan beliau atau ana sendiri......

ana berharap hati ana mudah memaafkan insan,dan mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan..
walaubagaimanapun, ana tetap mendoakan beliau mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan al-mubarak nie....

sekian sahaja luahan hati ana pada minngu nie...
minggu yang sedih namun mengajar kita erti persahabatan dan kaedah untuk menjaganya...
insya-Allah.

Thursday, July 22, 2010





OBJEKTIF DAN PERJALANANYA.....

a. Kumpulan ukhuwwah.
b. Bukan majlis kuliah ilmu tetapi penuh dengan perkongsian ilmu dan pengalaman, imaniyyah, biah solehah dan penghayatan hidup Islam.
c. Bengkel latihan kemahiran berjama’ah dan kepimpinan
d. Unit tanzim amilin jama’ah.

2.0 ASAS PENGETAHUAN
a. Bidang pencapaian ahli
- ilmu dan fikrah
- keperibadian
- iltizam

b. Usul tarbiyyah
- tarkiz tarbawi : ruh, aqal, hati dan nafsu

c. Usul dakwah
- maudhu’
- da’ie
- mad’u
- uslub
- wasilah

3.0 PERSEDIAAN

a. Persediaan ruh
- qiyam pada hari usrah
- solat subuh berjamaah
- al ma’athurat dan rabithoh
- tilawah dan tadabbur al quran

b. Persediaan bahan usrah

- ulangkaji bahan
- buat rujukan ayat-ayat al quran dan hadith-hadith
- buat rujukan buku-buku atau artikel yang berkaitan
- kenal pasti isi-isi penting

c. Persediaan pemfokusan dan pemberatan
- kenal pasti isu jamaah semasa seperti organisasi, gerakkerja, kepimpinan, keperibadian, commitment dsb.
- kenal pasti fokus dan objektif usrah

4.0 ORGANISASI USRAH

a. Ketua
b. Pengerusi liqa’
c. Pembentang tajuk
d. Pengulas tajuk
e. Pengulas Isu
f. Pentazkirah

5.0 PENDEKATAN ( USLUB)

5.1 Ta’arif

- aras kesedaran ke aras kefahaman
- hikmah dan nasihat yang baik
- membudaya ilmu dan amal melalui aktiviti yang dirancang.
- 2 hala dan melatih tugasan
- 80% sentuhan naqib

5.2 Takwin

- aras kefahaman ke aras keyakinan
- tugasan lengkap
- audit kefahaman ahli
- audit keperibadian dari segi ibadah dan akhlak
- audit iltizam dari segi keterlibatan dengan proksi
- 50-50

5.3 Tanfiz

- aras keyakinan ke aras kepimpinan
- audition berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja
- 20-80

5.4 Qiyadi

- aras kepimpinan dan penguasaan
- audtion berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja
- 20-80


6.0 KEMAHIRAN PERIBADI ( PERSONAL SKILL)
6.1 Kemahiran mendengar
6.2 Kemahiran mempengaruhi
6.3 Kemahiran komunikasi
6.4 Kemahiran interaksi
6.5 Kemahiran interaktif
6.6 Kemahiran bahasa badan
6.7 Kemahiran psikologi

7.0 CIRI-CIRI USRAH YANG BERKESAN

7.1 Berusaha mencapai matlamat perjuangan jama’ah.
7.2 Berusaha memenuhi keperluan jama’ah
7.3 Berusaha mencapai objektif usrah menurut tuntutan jama’ah

ApE itu UsRAh???




"Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.


Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik.

Wednesday, July 7, 2010

Ke Arah Menjadi Pemimpin Yang Murabbi

Alhamdulillah,Bersyukur saya kehadrat illahi,dengan limpah kurnia & makrifatnya, saya dapat memasuki Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang bertempat di bangi,
Saya rasa penuh kesyukuran kepada allah kerana saya tidak duduk atau hidup dalam suasana yang penuh mencabar di luar sana....
dan juga Allah telah pilih saya untuk tinggal dan menuntut ilmu disini,
walaupun pada mulanya,saya tidak berkehendak menjadi seorang guru,ini kerana tugas sebagai seorang guru memerlukan ilmu dan strategi yang mantap,
Namun, dengan dorongan daripada ibu bapa dan sanak saudara,hati saya terbuka untuk mendalami ilmu dunia & ukhrawi untuk bergelar seorang pendidik yang MURABBI.....

Saya Berharap agar saya dapat meneruskan pengajian saya disini dan dapat menjadi seorang insan yang bergelar seorang GURU.....

Insya-Allah...