Thursday, February 14, 2013

Malam Puisi Riong Berita Harian - IPG Kampus Pendidikan Islam

Akhbar Berita Harian ( 14/2/2013)
fendi kembali...
Insya-Allah pada 22 Februari 2013, kampus yang saya sayangi iaitu IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi akan mengadakan Malam Puisi Riong Berita Harian IPG KPI, x sabar ase... Jom Orang ramai datang IPG saya.. kita jumpa disana... =)

Jangan Lepaskan Peluang... Free sahaja...=)

DEFINISI KERTAS KERJA & TEKNIK MEMBUAT KERTAS KERJA 


Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel atau rencanabertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatupersoalan dan cadangan tertentu.

Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakanpenghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkansesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusanmenjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri. 

3.3 Jenis-Jenis Kertas Kerja [A] 

Terdapat pelbagai jenis kertas kerja yang dihasilkan. Namun secara umumnya, kertas kerja dapat dibahagikan kepada dua, iaitu: 

a. Kertas Kerja Seminar 

Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak dengan tujuan untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, memberi penerangan tentang sesuatu perkara, memberi penjelasan tentang sesuatu idea, atau mencadangkan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu fenomena. Khalayaknya ialah mereka yang hadir dalam pembentangan yang dijalankan atau yang membaca kertas kerja tersebut. Khalayak biasanya mereka yang memang berminat dengan perkara/tajuk yang disampaikan ataupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan perkara yang diperkatakan. Oleh itu, mereka hadir atau membaca kertas kerja ingin mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu ialah penemuan baharu dalam bidang berkenaan. Biasanya kertas kerja ini bersifat formal dan menggunakan laras bahasa akademik. Kadang-kadang kertas kerja tersebut kemudiannya diterbitkan dalam jurnal untuk menjadi bahan bacaan bacaan dan rujukan. Bergantung kepada tujuan dan khalayak, kertas kerja seminar perlu ditulis menggunakan laras bahasa mengikut bidang yang diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah difahami. 

b. Kertas Kerja Projek 

Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan. Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Dengan penulisan kertas kerja ini, pembaca atau pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya. Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. Kemungkinan halangan/kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan / kekangan itu dapat diatasi. Bergantung kepada tujuan penulisannya, kertas kerja ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah: 
- Kertas kerja perniagaan 
- Kertas kerja lawatan 
- Kertas kerja program 
- Kertas kerja perkhemahan 
- Kertas kerja hari keluarga 
- Kertas kerja sukan 
3.4 Format Menulis Kertas Kerja [A] 

Untuk menghasilkan kertas kerja terdapat pelbagai kaedah dan format yang boleh digunakan. Sebenarnya format penulisan kertas kerja bergantung kepada beberapa faktor/perkara antara lain ialah apa tujuannya, siapa khalayaknya, bagaimana penyampaiannya, apakah isi kandungannya dan lain-lain. Walau bagaimanapun terdapat format umum yang boleh dikuti oleh penulis sebagai panduan menyediakan kertas kerja. Bagi penulisan sesuatu kertas kerja, apa yang penting ialah ketekalan bentuk penulisannnya. Antara format umum penulsan kerja kerja: 
a. Format Kertas Kerja Seminar 
• Tajuk 
• Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja 
• Nama institusi 
• Abstrak (Sinopsis/Ringkasan) 
• Pengenalan 
• Sorotan kajian 
• Metodologi 
• Analisis data / Dapatan 
• Rujukan 
• Lampiran 

b. Format Kertas Kerja Projek 
• Tajuk 
• Latar belakang / Rasional 
• Objektif / Matlamat 
• Jangka masa yang diperlukan 
• Kumpulan sasaran 
• Andaian-andaian halangan 
• Anggaran belanjawan 
• Penubuhan jawatankuasa 
• Menentukan jadual tugas 
• Pelaksanaannya 

Walaupun terdapat format umum penulisan kertas kerja yang boleh menjadi rujukan, sebagaimana yang telah dinyatakan, anda perlu melakukan penyesuaian supaya kertas kerja yang dihasilkan benar-benar menepati tujuan dan dapat mencapai objektifnya. Ingatlah bahawa penulisan perlu teliti dan lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan. 


3.5 Ciri-ciri Penulisan Kertas Kerja Yang Baik [A] 

Untuk mencapai matlamat penulisannya, kertas kerja perlu memenuhi beberapa kriteria dan ciri-ciri penulisan tertentu. Antara lain, ciri-ciri penulisan kertas kerja yang baik ialah: 
i. Penggunaan bahasa yang baik. 
Penggunaan bahasa yang baik dan tepat sangat penting dalam penulisan kertas kerja. Struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan pemilihan kosa kata sesuai mengikut kmonteks dan situasi perlu diberi perhatian oleh penulis. Penggunaan bahasa yang tidak jelas akan menimbulkan kesukaran kepada pembaca untuk memahami apa yang ingin dimaksudkan. Tahap penguasaan yang baik membolehkan penulis melahirkan apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Jika tidak berkemungkinan pembaca akan menyalahtafsirkan mesej sebenar yang terkandung dalam kertas kerja tersebut. Dalam penggunaan bahasa, penulis perlu memikirkan pemilihan kata dan ayat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 
• Kejelasan 
• Kekhususan 
• Ketepatan 
• Kesesuaian 
• Elakkan ulangan yang tidak perlu 

ii. Ringkas, tepat dan padat. 
Kertas kerja banyak mengandungi maklumat. Maklumat perlu dijelaskan oleh penulis menggunakan bahasa yang sesuai supaya mudah difahami oleh pembaca dengan jelas. Jika penjelasan yang diberikan oleh penulis terlalu panjang maka pembaca sukar untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Begitu juga sebaliknya, jika penjelasan terlalu ringkas sukar untuk pembaca memahami apa yang ingin disampaikan atau berkemungkinan pembaca akan membuat tafsiran yang berbeza daripada maksud sebenar penulis. Setiap maklumat harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang. Kertas kerja yang dihasilkan perlu ringkas, tepat dan padat sesuai dengan tujuan penghasilan kertas kerja tersebut. 

iii. Penggunaan laras yang betul 
Laras bahasa ialah variasi bahasa yang mempunyai cirri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang. Hal ini termasuk pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang yang diperkatakan. Walaupun pada umumnya penulisan kertas kerja menggunakan laras bahasa formal, namun dalam penghasilan kertas kerja tertentu penggunaan laras yang betul amat penting. Semasa menghasilkan kertas kerja seminar misalnya, penggunaan laras yang tepat mengikut bidang akan memudahkan khalayak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis. Manakala bagi kertas kerja projek pula, laras bahasa umum sering digunakan. Oleh sebab itu, penulis juga perlu membuat pertimbangan tentang khalayaknya sebelum menulis. 

iv. Keutuhan wacana dalam tulisan. 
Wacana merupakan satu satuan bahasa terlengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang berkesinambungan. Oleh sebab banyak maklumat yang terdapat dalam kertas kerja, maklumat itu perlu disusun sesuai dengan urutannya supaya idea yang ingin disampaikan dapat dipersembahkan secara teratur. Pertalian antara satu maklumat dengan yang lain akan menampakkan satu pola atau keseluruhan kertas kerja. Dengan itu pembaca akan mudah memahami idea yang ingin disampaikan. Selain itu, pemilihan kata dan susunan ayat yang digunakan dalam kertas kerja juga akan memperlihatkan kertas kerja itu sebagai satu kesatuan yang utuh. 

v. Ketekalan penulisan. 
Untuk menghasilkan kertas kerja yang baik, bentuk penulisan harus dipersembahkan dalam bentuk yang tekal dan konsisten terutama dari segi ejaan. Ejaan perkataan sama yang berbeza-beza dalam satu kertas kerja memperlihatkan ketidaktelitian penulis khususnya dalam membuat penyemakan terakhir. Selain itu, bahagian subtajuk yang terdapat dalam kertas kerja perlu ditulis dalam format yang sama terutama daripada segi membuat indent atau jarak tepi. Ketekalan bentuk akan memudahkan pembaca membuat rujukan dan kertas kerja tersebut akan kelihatan kemas. 

vi. Penomboran yang sesuai. 
Penomboran juga penting dalam penulisan kertas kerja kerana terdapat beberapa tajuk kecil yang perlu ada dalam satu kertas kerja. Penulis perlu menyusun maklumat dengan susunan yang sesuai dan memberikan penomboran. Penulis perlu memikirkan pembahagian tajuk-tajuk kecil tersebut supaya tidak terlalu banyak tajuk kecil yang disenaraikan. Begitu juga pecahan-pecahan bagi tajuk kecil tersebut. Berilah penomboran yang sesuai supaya bahagian-bahagain tertentu mudah dirujuk. 

vii. Maklumat yang lengkap. 
Kertas kerja biasanya mengandungi maklumat yang banyak terutama bagi kertas kerja projek. Oleh sebab itu, penulis digalakkan untuk membuat rujukan atau semakan dengan pihak-pihak tertentu supaya maklumat yang diperlukan tidak tertinggal. Pandangan daripada pihak-pihak lain akan dapat melengkapkan lgi kertas kerja yang kita sediakan. Kertas kerja yang telah lengkap sepatutnya dapat menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan. Jika maklumat yang perlu tidak terdapat dalam kertas kerja mungkin penulis perlu melakukan penambahbaikan agar kertas kerja yang akan dikemukakan mendapat kelulusan. 

viii. Kepanjangan yang sesuai. 
Sesebuah kertas kerja yang baik tidak semestinya panjang. Bergantung kepada tujuan, khalayak, perkara yang diperkatakan, peruntukan kewangan dan sebagainya, penulis boleh merangka kepanjangan yang sesuai bagi kertas kerja tersebut. Bagi tajuk-tajuk tertentu, kertas kerja yang disediakan tidak perlu panjang kerana khalayak mudah memahaminya sedangkan mungkin untuk tajuk-tajuk yang lain penulis perlu memberi penjelasan yang lebih terperinci. Panjang atau pendek sesuatu kertas kerja bergantung kepada jenis kertas kerja dan tujuannya. 

Untuk mengelakkan kertas kerja yang dihasilkan menjadi terlalu panjang, penulis perlu menggunakan halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan yang mungkin diperlukan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara yang dinyatakan dalam kertas kerja tersebut. Bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu kertas kerja mungkin boleh dikemukakan dalam bentuk lampiran. Dengan ini, kertas kerja yang dihasilkan tidak terlalu panjang atau tebal.

Jom Baca : Contoh Kertas Kerja Program

Belanjawan dan Teknik Membuat Belanjawan


Bajet merupakan satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangi wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda memutuskan apa yang akan anda belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.
Pelan kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah wang yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan pula ialah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, maka pelan anda perlu bersesuaian dengan kedudukan dan kewangan anda. Bajet anda berasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.
maka setiap program yang kita laksanakan adalah berdasarkan bajet yang kita miliki, pengalaman saya bajet merupakan nadi penggerak kepada sesuatu program, sekiranya kita hendak menjadikan sebuah program itu "GRAND" maka kita perlu memiliki sumber kewangan yang mapan, jika saya melaksanakan sesuatu program bersama persatuan yang saya masuk, kami akan sedaya upaya untuk mencari sumbangan. Bagi siri yang lain saya cerita kan mengenai Pencarian Sponsor. Tunggu ea..=)

PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN

01. Pendapatan

a. Yuran Peserta
b. Tajaan / Sumbangan
c. Sumbangan Universiti
d. Lain-lain
e. Jumlah Keseluruhan

02. Perbelanjaan

a. Pentadbiran
-Percetakan [Buku Cenderamata/Sijil/Kad Jemputan/Risalah/dll]
-Urusan Pos
-Telekomunikasi [Topup dsb]
-Pentadbiran Urusetia

b. Logistik
-Penginapan
-Pengangkutan [Sewa bas dan tuntutan perjalanan]
-Sewaan dewan, siaraya, hiasan dll

c. Cenderahati
-Cenderahati Perasmi / Penceramah dll
-Honororium [saguhati] Penceramah dll

d. Publisiti
-Banner
-Poster
-Iklan Media

e. Kontigensi [5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Kontigensi ini biasanya digunakan untuk tujuan kecemasan]

f. Jumlah Keseluruhan

Contoh Anggaran Belanjawan Program







Assalamualaikum, lama tidak post kat blogger.. =) sibuk sedikit.. bermula pada hari ini saya ingin membawa kepada anda semua beberapa pengalaman saya sepanjang menguruskan persatuan dan mengelolakan program di Sekolah Menengah Tinggi Hisamuddin sehinggalah di IPG Sekarang, betul jika kita menceburi bidang kepimpinan pelbagai pengalaman dan teknik kepimpinan yang kita dapat, maka ini merupakan anugerah dan rezeki yang Allah berikan kepada saya untuk menyibukkan diri dengan kepimpinan...

Thursday, August 19, 2010


salam, dah lama ana tidak menulis dalam blog...
yelarh...bz dengan keje dan assigment...

mggu nie adalah miggu sedih bagi ana, ini kerana baru sedari btpa peritnya jika kita ingin memiliki sodiki atau kawan rapat...
walhal dalam kehidupan kita ini persahabatn adalah satu perkara yang penting bagi ana ketika dalam dunia bagi seorang pelajar yang ingin menempuh liku-liku kehidupan.
terkenang zaman persekolahan ana dahulu ketika di bangku sekolah menengah dahulu...
ana seorang jahil dan kurang dalam ilmu agama serta cara belajar..
namun dengan berkat illahi ana telah diberi nur dan berjumpa dengan insan yang memiliki ilmu agama yang mantap serta bijak dalam pelajaran,,
alhamdulillah, saya dapat mempelajari erti seorang sahabat dalam hidup kita ini...

namun, apabila ana masuk di peringkat IPTa, kami telah berpisah dan membawa haluan masing-masing... insya-Allah, walaupun jauh dimata tapi tetap dekat di hati sanubari ini.... adakah ana dapat mencari seorang insan seperti beliau di Ipta nie????/

setelah dua bulan ana berada di maktab nie... ana merasakan ana telah berjumpa insan yang ana rasakan beliau boleh bersama ana dalam mendalami ilmu agama. namun, apabila sesuatu peristiwa yang barlaku darpd kata-kata beliau, telah menyebabkanm hati saya tidak boleh menerima dan memaafkan beliau sewenang-wenangnye...

walaupun dalam islam, memaafkan adalah perkara yang diajar dalam islam. namun, ana tidak tahu MeNgapa..., meNgapa Dan Mengapa????
ana tidak boleh accept dengan kata2 itu,ana berasa buntu dan keliru bagaimana hendak menjadikan hati ana iniu memaafkan beliau....

Ya-Allah engkau berikan petunjuk kepadaku.....

jalan yang saya leksanakan adalah menjauhi dan mungkin mengurangkan perbualan dan segala yang berkaitan dengan beliau...
mungkin dengan cara ini kami bersama-sama dapat menyedari dimana kesilapan beliau atau ana sendiri......

ana berharap hati ana mudah memaafkan insan,dan mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan..
walaubagaimanapun, ana tetap mendoakan beliau mendapat keberkatan dalam bulan ramadhan al-mubarak nie....

sekian sahaja luahan hati ana pada minngu nie...
minggu yang sedih namun mengajar kita erti persahabatan dan kaedah untuk menjaganya...
insya-Allah.

Thursday, July 22, 2010





OBJEKTIF DAN PERJALANANYA.....

a. Kumpulan ukhuwwah.
b. Bukan majlis kuliah ilmu tetapi penuh dengan perkongsian ilmu dan pengalaman, imaniyyah, biah solehah dan penghayatan hidup Islam.
c. Bengkel latihan kemahiran berjama’ah dan kepimpinan
d. Unit tanzim amilin jama’ah.

2.0 ASAS PENGETAHUAN
a. Bidang pencapaian ahli
- ilmu dan fikrah
- keperibadian
- iltizam

b. Usul tarbiyyah
- tarkiz tarbawi : ruh, aqal, hati dan nafsu

c. Usul dakwah
- maudhu’
- da’ie
- mad’u
- uslub
- wasilah

3.0 PERSEDIAAN

a. Persediaan ruh
- qiyam pada hari usrah
- solat subuh berjamaah
- al ma’athurat dan rabithoh
- tilawah dan tadabbur al quran

b. Persediaan bahan usrah

- ulangkaji bahan
- buat rujukan ayat-ayat al quran dan hadith-hadith
- buat rujukan buku-buku atau artikel yang berkaitan
- kenal pasti isi-isi penting

c. Persediaan pemfokusan dan pemberatan
- kenal pasti isu jamaah semasa seperti organisasi, gerakkerja, kepimpinan, keperibadian, commitment dsb.
- kenal pasti fokus dan objektif usrah

4.0 ORGANISASI USRAH

a. Ketua
b. Pengerusi liqa’
c. Pembentang tajuk
d. Pengulas tajuk
e. Pengulas Isu
f. Pentazkirah

5.0 PENDEKATAN ( USLUB)

5.1 Ta’arif

- aras kesedaran ke aras kefahaman
- hikmah dan nasihat yang baik
- membudaya ilmu dan amal melalui aktiviti yang dirancang.
- 2 hala dan melatih tugasan
- 80% sentuhan naqib

5.2 Takwin

- aras kefahaman ke aras keyakinan
- tugasan lengkap
- audit kefahaman ahli
- audit keperibadian dari segi ibadah dan akhlak
- audit iltizam dari segi keterlibatan dengan proksi
- 50-50

5.3 Tanfiz

- aras keyakinan ke aras kepimpinan
- audition berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja
- 20-80

5.4 Qiyadi

- aras kepimpinan dan penguasaan
- audtion berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja
- 20-80


6.0 KEMAHIRAN PERIBADI ( PERSONAL SKILL)
6.1 Kemahiran mendengar
6.2 Kemahiran mempengaruhi
6.3 Kemahiran komunikasi
6.4 Kemahiran interaksi
6.5 Kemahiran interaktif
6.6 Kemahiran bahasa badan
6.7 Kemahiran psikologi

7.0 CIRI-CIRI USRAH YANG BERKESAN

7.1 Berusaha mencapai matlamat perjuangan jama’ah.
7.2 Berusaha memenuhi keperluan jama’ah
7.3 Berusaha mencapai objektif usrah menurut tuntutan jama’ah